16/01/2021

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Tun M Bersama Siti Berkongsi Pentas

1 min read

Bukan mudah sebenarnya melihat seorang pemimpin negara yang dihormati ramai menunjukkan bakat terpendam menyanyi di atas pentas.

Momen indah itu berjaya merakam aksi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) yang tampil bersahaja menyanyi di atas pentas dalam satu majlis yang dihadirinya.

Dalam rakaman yang dimuat naik Rizal Mohd Paudzi di YouTube, dua hari lalu, Tun M hadir ke satu majlis Malam Sahoca 2015 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 11 September lalu.

Dalam rakaman itu menunjukkan tokoh negarawan berusia 90 tahun itu masih bersemangat untuk melontarkan vokal ketika menyanyikan lagu popular, My Way.

Tambah menarik, dalam rakaman berdurasi 3 minit 52 saat itu, Tun M yang akan muncul dengan filem lakonannya, Kapsul arahan Allahyarham Martias Ali pada 17 September ini turut berduet bersama penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza.

Sehingga kini, rakaman itu ditonton 71,046 pengunjung YouTube.

– Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.