Bikin Filem Pakai Duit Derma

Industri filem tempatan ketika ini masih berdepan dengan situasi yang membimbangkan apabila produser berdepan risiko besar untuk rugi akibatĀ filem baru yang ditayangkan tidak mendapat sambutan penonton.

Meskipun sudah mencuba pelbagai formula termasuk menggunakan pelakon popular sebagai tarikan, ia masih bukan jaminan untuk filem tempatan meraih untung atau paling tidak, dalam erti kata pulang modal.

Mengatasi isu berkenaan tanpa bersikap putus asa, seorang penulis skrip berpengalaman, Jamil Mutalib mencadangkan satu saluran alternatif untuk menghasilkan filem jika berdepan masalah modal.

Menerusi statusnya di Facebook malam tadi, Jamil menyatakan saluran itu yang dikenali sebagai CharityID boleh digunakan sebagai satu usaha untuk mendapat bantuan kewangan menerbitkan filem.

Menerusi tinjauan di sumber itu di www.charityid.com, menyatakan teknik memperoleh wang dengan pantas dilakukkan menerusi sumbangan derma daripada ahli kepada ahli.

Laman sesawang itu juga menyatakan CharityID adalah satu teknik derma berkumpulan yang menguntungkan semua ahli dan ia disalurkan 100 peratus kepada ahli serta tiada sebarang caj atau yuran dikenakan.

Sehingga kini, CharityID mempunyai 319,315 ahli manakala 3,651 ahli atas talian.

Mungkin ia menjadi satu lagi alternatif buat pembikin filem selain memohon geran daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Bagi mereka yang berminat menjadi ahli baru, boleh terus mendaftar secara percuma di laman sesawang itu.

http://youtu.be/m0YCurrh-aA

– Kafebuzz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*