Ramli MS Percaya ‘Saka’ Dalam Bila

Peserta kegemaran ramai, Bila terus mencuri tumpuan ramai apabila berpeluang beraksi bersama bapanya, Eddie serta ditemani anggota kumpulan Wings lain pada konsert mingguan Akademi Fantasia, sebentar tadi.

Bila yang menyampaikan lagu popular Wings, Semalam Yang Hangat mendapat sorakan gemuruh penonton termasuk sokongan Awie yang juga hadir sebagai pengkritik.

Lebih menarik, pengkritik Datuk Ramli MS turut memuji persembahan Bila.

“Saya rasa kamu ada ‘saka’ dalam badan kamu. Lagu apa saja sama ada rock atau balada, ia cukup serasi dengan kamu.

“Kamu tahu bagaimana nak ‘projek’ lagu itu dan persembahan kamu sampai ke satu tahap kamu menyanyi, orang berhenti makan,” katanya.

Begitu juga, persembahan Syamel sebelum itu juga gamat apabila pelakon comel, Nora Danish muncul di pentas menemaninya membuat persembahan sambil bermain gitar.

Ketika memberi komen, Ramli meletakkan harapan mahu melihat persembahan Syamel pada masa akan datang hebat tanpa bergantung pada sesuatu kerana kerja seni itu kena konsisten.

Pada saingan minggu kali ini, dua peserta iaitu Openg dan Faroq diumumkan tersingkir.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*