Kru Tom Cruise Terbunuh

Dua kru filem terbaru dibintangi aktor terkenal Hollywood, Tom Cruise terbunuh manakala juruterbangnya cedera parah dalam satu kemalangan di pergunungan Andes, Colombia, semalam.

Sumber rasmi agensi penerbangan itu menyatakan Cruise tiada dalam pesawat berkenaan.

Kru warga Amerika Syarikat (AS), Alan Purwin terbunuh bersama Carlos Berl, warga Columbia.

Juruterbang, Jimmy Lee Garland dari Georgia dikejarkan ke sebuah hospital di Medellin dan ditempatkan di unit rawatan rapi.

Mengikut laporan Huffpost, sumber rasmi itu juga menyatakan enjin berkembar pesawat berdepan cuaca buruk ketika tengah hari kejadian selepas berlepas dari pekan Santa Fe de Antioquia ke Medellin.

Tiada panggilan kecemasan dilaporkan kepada pusat kawalan trafik udara.

Cruise tiba di Medellin pada 20 Ogos lalu untuk penggambaran filem barunya berjudul Mena menampilkannya sebagai juruterbang AS, Barry Seal, berkhidmat dengan CIA untuk menangkap raja kokain, Pablo Escobar.

Kisah benar, Seal ditembak pada tahun 1986 di Baton Rouge, Louisiana oleh pembunuh upahan yang dihantar Escobar.

image

– Kafebuzz.my

(Foto: Raul Arboleda – Getty Images & AP)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*