Bon Jovi Ajak Lepak 19 September

Siapa yang tidak kenal kumpulan rock legenda popular antarabangsa, Bon Jovi yang mempunyai ramai peminat di seluruh dunia.

Mereka yang sering mengadakan konsert jelajah sejak tahun 1995 akan kembali ke Malaysia untuk bertemu peminat setia mereka di sini pada 19 September ini.

Konsert Bon Jovi Live In Malaysia dijangka akan menggegarkan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur jam 8.30 malam.

Mereka yang baru selesai mengadakan konsert di Jakarta, Indonesia semalam akan meneruskan persembahan jelajah di Bangkok pada 15 September ini sebelum singgah ke Kuala Lumpur.

Bagi peminat Malaysia, tiket dijual pada harga bermula RM166 sehingga RM888 boleh dibeli menerusi atas talian di www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian hotline 03-9222 8811.

Berikut beberapa foto ketika persembahan di Jakarta semalam yang dikongsi di akaun Facebook, Bon Jovi.

image image image image

– Kafebuzz.my

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*