20/01/2021

Apabila Penonton Jadi Melayu Mudah Lupa

1 min read

Kata-kata amanat yang pernah dilafazkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) mengenai Melayu mudah lupa, suatu yang sangat mendalam maksudnya kepada bangsanya sendiri.

Mengapa beliau berkata sebegitu atau apakah benar sifat azali Melayu itu sendiri mudah lupa terhadap perjuangan bangsanya sendiri.

Sifat mudah lupa juga dikaitkan dengan sifat dengki bangsanya dalam melihat bangsanya juga berjaya.

Pengalaman itu dikongsi produser filem Kapsul, Amru Najmi Osman apabila filem barunya itu yang akan menjengah di pawagam pada 17 September ini dikritik mereka yang bersifat dengki untuk melihat sebuah filem perjuangan negara khususnya bangsa Melayu diangkat ke layar perak untuk tatapan bangsanya sendiri.

Menerusi statusnya di Facebook hari ini, Amru menjelaskan filem sulungnya ini mendapat sokongan dan geran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sebanyak RM800,000 untuk menampung kos keseluruhan sebanyak RM2.3 juta.

Katanya, apa yang menyedihkan sehingga membuatnya tersinggung apabila dikatakan menggunakan wang rakyat untuk menghasilkan filem berkenaan.

Mungkin mereka yang membuat tuduhan sebegini tidak faham FINAS sememangnya menyediakan geran untuk pembikin filem.

Merujuk filem Kapsul arahan Allahyarham Martias Ali, filem ini suatu yang cukup istimewa untuk dikongsi bersama penonton mengenai Wawasan 2020 apatah lagi kesudian Tun M sendiri untuk berlakon filem ini sebagai menunjukkan kesungguhan beliau untuk menyatakan mesej kepada bangsanya sendiri.

Oleh itu, bangsa Melayu bangkitlah bersama menyokong filem Kapsul sebagai membantu industri perfileman tanah air agar terus maju.

image image

– Kafebuzz.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *