Lakonan Tun M Mengusik Jiwa Penonton

Sejak idea filem ini tercetus pada tahun 2009, penulis skrip merangkap pengarah filem ini, Allahyarham Martias Ali berangan untuk membongkar misteri kapsul masa yang ditanam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) di Putrajaya.

Sebagai rakyat Malaysia, semua teruja untuk mengetahui apakah isi kandungan kapsul masa tersebut yang menceritakan sesuatu apabila ia akan dibuka pada tahun 2020.

Begitu juga, arwah mahu penonton lebih teruja untuk melihat penampilan Tun M sendiri membintangi filem itu walaupun hanya satu adegan.

Nyata, adegan Tun M dalam Kapsul yang ditayangkan kepada tetamu dan media pada malam tadi meninggalkan kesan yang sangat mendalam sehingga mampu menitiskan air mata.

Bermula dengan syot Tun M turun dari tangga pejabatnya, Yayasan Kepimpinan Perdana, Tun M kemudian melafazkan dialog kepada Zohri lakonan Faizal Hussein secara jelas maksudnya yang tersirat di sebalik kapsul masa berkenaan.

Jika diteliti semula dialog tersebut, ia seakan menggambarkan jawapan kepada apa yang ditulis beliau dalam kapsul berkenaan!

Produser filem ini, Amru Najmi Osman berkata, idea filem ini dicetuskan Martias di tangga pejabatnya sebelum direalisasikan menjadi satu filem genre kenegaraan.

“Selepas dia cerita sampai habis, dia kata mahu mengajak Tun M berlakon sama. Saya tergelak dan mengatakan kepadanya mengapa tidak mengambil saja Michael Jackson.

“Ia seolah tidak masuk akal tetapi alhamdulillah dengan rezeki Allah, filem ini berjaya jua memujuk Tun M untuk berlakon.

“Apa yang saya tekankan, tujuan filem ini tiada rasis dan politik tetapi hanya perjuangan bangsa,” katanya sebelum tayangan bermula di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara, Selangor, malam tadi.

Pastinya, filem terbitan Two Tones Sdn Bhd ini menjadi istimewa pada hati penonton dalam menghayati perjuangan bangsa dan negara untuk mencapai kemerdekaan dan paling bersejarah apabila penonton berpeluang melihat Tun M berlakon di layar perak mungkin hanya sekali dan selamanya.

Filem ini akan ditayangkan pada 17 September ini.

image

IMG_3159

IMG_2737

mmm

IMG_3779

IMG_3770

IMG_9488

IMG_3751

IMG_9764

IMG_3802

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*