Drive M7 Manggis Tembusi Eropah

Mutiara Motors yang lebih dikenali menerusi bisnes jualan kereta import sebagai pengedar jenama terkemuka, Toyota dan Lexus sejak 30 tahun lalu semakin mengukuhkan jenama mereka dengan minuman tenaga, Drive M7.

Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Kemin berkata, sambutan pelanggan terhadap Drive M7 cukup menggalakkan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2011.

Pada tahun pertama, ia mencatat jualan sebanyak 250,000 tin sebulan sebelum ditambah kepada 1.2 juta tin sebulan pada tahun lalu.

Sebagai langkah berterusan, satu lagi perisa baru diperkenalkan iaitu mengandungi rasa manggis dijual khusus untuk pasaran Eropah.

“Minuman ini menembusi pasaran Eropah pada bulan lalu yang tampil dengan tin warna hitam mengandungi klorofil dan manggis,” katanya pada sidang media produk itu di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, produk terbaru ini belum lagi dijual di Malaysia tetapi menembusi pasaran 15 negara iaitu Czech Republic, Macedonia, Serbia, Croatia, Poland, Slovakia, Hungary, Itali, Russia, Austria, Bosnia, Montenegro, Jerman dan Kosovo.

“Ia juga menembusi pasaran Los Angeles dan Singapura serta dalam perbincangan untuk ke Dubai, Vietnam dan beberapa negara Asia lain.

“Sambutan yang diterima daripada pelanggan di Eropah cukup menggalakkan dan mereka mengatakan minuman ini sedap dan wangi apatah lagi di sana tiada manggis sehingga mereka hairan dengan rasanya,” katanya.

Tambahnya, syarikatnya memberi fokus pada bisnes minuman bertenaga sebagai langkah awal apabila jualan kereta import sejak 2 tahun lalu tidak menguntungkan.

“Seperti sebelum hujan sediakan payung,┬ásejak 2 tahun memang sakit jual kereta dan susah cari makan.

“Sekarang yang turut menyumbang pendapatan adalah M7 Pro Oil iaitu minyak enjin kereta dan motosikal,” katanya.

Katanya, krisis matawang Ringgit tidak memberi masalah kepada eksport sebaliknya ia memberi keuntungan kepada pembeli luar negara.

“Saya mengutamakan pekerja saya dan siapa yang bekerja adalah satu keluarga.

“Sepatutnya isu permit import (AP) akan tamat pada tahun ini tetapi sampai sekarang kerajaan tidak beritahu apa-apa,” katanya.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*