FFM27: Tidak Harus Paksa Masuk Persatuan

Kejayaan filem tempatan meraih anugerah menerusi Festival Filem Malaysia suatu yang cukup bermakna dalam memberi dorongan kepada pembikin filem kita menghasilkan karya yang lebih baik.

Begitu juga, penganjuran FFM27 baru-baru ini mencipta sejarah baru pada perjalanan industri perfileman tempatan yang masih suram akibat kurang sambutan penonton.

Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) turut menyatakan penghargaan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang menganjurkan FFM27 dengan efisien tanpa sebarang pertindihan isu dan kontroversi.

Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez berkata, pencapaian FFM27 kali ini menunjukkan produktiviti pelbagai hasil karya yang lebih berkualiti meskipun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Para pembikin filem kali ini nampaknya lebih kreatif menghasilkan karya bermutu dalam pelbagai genre yang semestinya mengangkat standard perfileman negara walaupun mereka menghadapi dugaan kemelesetan penonton yang tidak semeriah beberapa tahun kebelakangan ini.” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, bantahan beberapa persatuan mengenai wujud calon FFM27 yang bukan ahli persatuan, Freddie menasihatkan agar persatuan terbabit berusaha lebih gigih menyakinkan penggiat seni untuk menyertai persatuan mereka.

“Kami tidak harus memaksa mana-mana pihak menjadi ahli persatuan kita. Oleh kerana ada ramai yang telah menjadi ahli beberapa persatuan sebelum ini agak kecewa dengan ketidakcekapan dalam pengurusan persatuan, selain kekurangan aktiviti yang membawa manfaat kepada ahli-ahlinya,” katanya.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*