Exist Gegar Istana Budaya

Hampir 25 tahun bergelumang dalam industri muzik, kumpulan pop rock, Exits membuktikan mereka masih bertahan apabila mendapat sokongan ramai peminat mereka.

Malah, lagu popular mereka seperti Rahsia Pohon Cemara, Masih Terserlah Ayumu dan Mengintai Dari Tirai Kamar menjadi pilihan peminat di pusat karaoke.

Sebagai penghargaan pada Exist, mereka akan mengadakan persembahan istimewa buat peminat menerusi The Blue Jeans Concert di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 23 Oktober ini.

Exist yang masih dibarisi anggota asal, Along, Shah, Ujang dan Musa turut menampilkan Ezad selaku vokalis untuk persembahan berkenaan dijangka menghiburkan peminat dengan 20 lagu hits mereka.

Selain Exits, dua kumpulan lain turut serta dalam persembahan anjuran Bombay Worlwide ini iaitu May (24 Oktober) dan Blues Gang (25 Oktober).

Tiket konsert ini dijual pada harga RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250 manakala tempahan tiket boleh dibuat menerusi www.ticket2u.biz atau menghubungi talian 03-41478600 dan 03-41478600 dan 019-2111600.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*