Arnold Schwarzenegger Singgah Kuala Lumpur

Sebut filem Terminator, pasti terbayang wajah aktor Hollywood, Arnold Schwarzenegger yang tetap hebat pada mata peminat dengan aksi lakonannya yang menggagumkan.

Berita baik buat peminatnya khusus di Malaysia, aktor ini akan singgah Kuala Lumpur pada bulan depan.

Mantan gabenor California ini dijemput sebagai ahli panel program Forum Transformasi Global (GTF) yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 21 sehingga 23 Oktober ini.

Menurut laman rasmi GTF di Facebook, Schwarzenegger bersama 20 individu lain akan berkongsi pentas termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes; bekas pelari pecut dunia yang pernah memenangi 10 pingat sukan Olimpik, Carl Lewis; bekas perdana menteri Singapura, Goh Chok Tong dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Acara ini bermatlamat mempromosi dialog transnasional, berkongsi pencapaian dan kejayaan serta pendekatan terhadap transformasi.

image

image

image

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*