David Beckham Jatuh Cinta Lagi

Menjadi selebriti popular bertaraf antarabangsa sudah cukup menjamin masa depan yang cerah dan paling penting, menjana pendapatan yang sangat lumayan.

Begitu juga kisahnya dengan pemain bola sepak terkemuka, David Beckham yang menarik perhatian peminatnya apabila menceburi bidang lakonan.

Sudah tentu apabila Beckham diundang untuk berlakon, tawaran yang diberikan bukan calang-calang.

Menerusi laporan beberapa media antarabangsa menyatakan Beckham dilamar untuk membawakan watak agen perisik terkenal, James Bond.

Memberi keterujaan, peminatnya melakukan kempen menyokong selebriti berusia 40 tahun itu menerusi media sosial dan mendesaknya untuk menggantikan Daniel Craig yang sebelum ini melakonkan watak tersebut.

Pengarah filem, Guy Ritchie pernah melakukan uji bakat pada Beckham untuk watak tiada dialog menerusi The Man from U.N.C.L.E. dan Knights of the Round Table: King Arthur.

“Saya sangat peka terhadap ramai ahli sukan dan selebriti lain cuba menceburi bidang lakonan dan gagal.

“Namun, apa yang saya lakukan setakat ini membuatkan saya jatuh cinta,” kata Beckham kepada akhbar Britain.

Katanya seperti dilaporkan New York Daily News, Beckham berhasrat untuk lebih berlakon tetapi tetap menganggap watak yang ditawarkan suatu yang besar buatnya.

“Saya mahu timba pengalaman dulu dan tengok macamana perkembangannya nanti,” katanya.

image

– Kafebuzz.my

(Foto: davidbeckham – Instagram)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*