Sasaran Selebriti Status PhD Menjelang 2020

Jika benar tahun 2020 dijadikan penanda aras kepada Malaysia sebagai negara maju, agaknya apa pula pencapaian industri hiburan tempatan pada masa itu?

Apakah filem tempatan kita juga maju ke hadapan dalam erti kata bertaraf antarabangsa sehingga memenuhi selera penonton di luar negara.

Mungkin juga kita dapat melihat ramai penggiat seni mempunyai latar pendidikan yang bagus sehingga peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang seni masing-masing seperti mana kerjasama dilakukan dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) sebelum ini.

Menyedari kepentingan masa depan industri hiburan dan akademik seiring, UUM dan Creative Content Industry Guild (CCIG) menjalinkan kerjasama dalam bidang industri kreatif, multimedia dan komunikasi menerusi perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua pihak.

Satu majlis menandatangani MoU antara Naib Canselor UUM, Prof Datuk Wira Dr Mohamed Mustafa Ishak bersama Pengerusi CCIG, Jurey Latiff Rosli diadakan baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan CCIG, tujuan MoU berkenaan adalah untuk mendorong dan menggalakkan perkongsian pintar dalam pembangunan modal insan dan karya kreatif melalui pemindahan pengetahuan dan kepakaran antara universiti dan industri.

“Ini bakal menyediakan ruang kondusif untuk kedua belah pihak menggarap bakat pelajar dan staf untuk dimanifestasikan dalam bentuk karya industri kreatif.

“Selain itu, hasil dari kolaborasi ini juga dilihat mampu memaksimakan prasarana digital sedia ada oleh sektor awam dan swasta dan digunakan dengan tujuan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

“CCIG mempunyai pelbagai pemain-pemain industri kreatif yang bergerak aktif di peringkat Kebangsaan dan antarabangsa manakala UUM pula menyediakan pelapis-pelapis yang menampung keperluan industri ini di masa depan,” katanya.

IMG_4706

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*