Mr Os Mahu Jadi Jurulatih Harimau Malaya!

Ketika sukan bola sepak negara pada masa ini dilanda mimpi ngeri akibat kekalahan Harimau Malaya kepada UAE pada Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019, ramai yang menconggak apakah percaturan pasukan Kebangsaan untuk berdepan Arab Saudi, malam esok.

Meredakan sedikit kegelisahan itu, pelakon komedi popular, Mr Os tampil menawarkan diri untuk menjadi jurulatih pasukan Harimau Malaya!

Mungkin ia adalah kejutan buat pasukan Harimau Malaya dan peminat bola sepak tanah air apabila Mr Os rupanya mempunyai bakat terpendam menjadi jurulatih sekaligus menggantikan Dollah Salleh dan Ong Kim Swee.

Namun, jangan terkejut kerana Mr Os yang cukup popular menerusi antara filemnya, Mr Os dan Awang Spanar sebenarnya hanya berseloroh di Facebooknya semalam sambil memuat naik gambar dirinya seperti seorang penjaga gol yang hebat.

Malah, dalam kapsyen itu Mr Os menyatakan jurulatih yang dicari sudah dijumpai dan bakat jejaka hebat itu dikesan oleh bidan sejak dilahirkan.

Memang jenaka Mr Os sering membuatkan ramai penonton terhibur suatu ketika dulu dan pastinya penonton masih merinduinya untuk kembali berlakon.

image

– Kafebuzz.my

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*