Kapsul Diboikot FFM27?

Acara tahunan yang ditunggu-tunggu ramai penggiat filem tanah air, Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) sudahpun melabuhkan tirai kelmarin.

Meskipun FFM27 kali ini membawa isu ada calon tidak mendaftar sebagai ahli persatuan yang dibangkitkan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), ia tetap dianjurkan dengan jayanya oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Di sebalik isu berkenaan yang masih menimbulkan tanda tanya, produser filem terbaru, Kapsul, Amru Najmi Osman meluahkan perasaan kesal apabila trailer filemnya itu tidak ditayangkan pada acara itu.

Menerusi statusnya di Facebook, Amru menyatakan FFM27 melukakan hatinya sebagai produser yang mengangkat perjuangan filem Melayu untuk menyatukan bangsa apabila hanya Kapsul tidak dipertontonkan berbanding filem baru lain seperti Bravo 5 dan Polis Evo.

“Aku memang dah agak, mungkin sebab Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) ada dalam filem aku,” katanya yang mencetuskan persoalan.

Namun, Amru menyatakan perjuangannya terhadap filem Kapsul akan tetap diteruskan.

“Filem Kapsul skrip 2009 ada kisah Tunku, Tun Razak, Najib masa muda dan Tun M. Jangan tanya kenapa Pak Lah takder… kenapa Najib sekarang takder… sebabnya.. ianya kisah Kapsul dan skrip telah lama ditulis sebelum serangan dibuat oleh kedua pihak,” katanya memberikan penjelasan.

Katanya, dia tidak mahu berputus asa untuk filem Kapsul ini yang menjadi penghargaan buat pengarahnya, Allahyarham Martias Ali serta jika gagal sekalipun di pawagam, dia tetap bersyukur pada Allah yang memberi rezeki untuk menyiapkan sebuah filem untuk bangsa Melayu dan paling penting, mencipta satu lagi sejarah pada perfileman tempatan yang boleh dibanggakan.

Filem Kapsul terbitan Two Tones Sdn Bhd dibintangi lebih 30 pelakon popular termasuk Faizal Hussein sebagai pelakon utama manakala Tun M sebagai pelakon jemputan khas.

Filem ini akan menemui penonton di pawagam pada 17 September ini.

image image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*