04/12/2020

Kafebuzz

Portal Hiburan Komprehensif

Pelumba Profesional Tak Makan Nasi Lemak

2 min read

Sudah menjadi lazim makanan kegemaran rakyat Malaysia adalah nasi lemak tidak kira berada di negara sendiri atau perantauan.

Namun, tahukah anda bagi pelumba kereta profesional sekiranya mereka makan nasi lemak sebelum perlumbaan akan berdepan masalah fokus dan badan menjadi lemah.

Itu antara pantang larang yang diamalkan pelumba Super Car negara, Alif Hamdan mengatakan pelumba sepertinya harus menjaga pemakanan agar kekal stamina ketika perlumbaan.

“Pada Aidilfitri lalu sebagai contoh, saya hanya sempat makan tiga potong lemang dan dua¬†ketul rendang pada raya pertama sebelum kembali semula dengan rutin makan salad, ayam dan ikan.

“Banyak masakan di rumah terpaksa dilupakan kerana menjaga pemakanan amat penting untuk stamina. Jika makan nasi lemak sebelum perlumbaan jawapnya badan jadi lembik,” katanya secara eksklusif kepada Kafebuzz ketika ditemui di Litar Formula 1 (F1) di Sepang, baru-baru ini.

Menurutnya, selain menjaga pemakanan, dia juga melakukan latihan stamina secara triathlon seperti berenang sejauh dua sehingga tiga kilometer sebelum sambung aktiviti berbasikal atau berlari sejauh 10 kilometer.

“Saya berlatih 2 kali sehari dan 5 kali seminggu. Memang apabila mengikuti latihan yang cukup, berat badan saya sebelum ini 125 kilogram tetapi kini 73 kilogram,” katanya.

Berkongsi panduan pada mereka yang berminat menceburi sukan lumba kereta ini, dia mengatakan seseorang pelumba itu perlu tekun pada latihan, kerja keras dan melakukan pengorbanan dari aspek masa untuk berlatih.

Katanya, dia berazam mahu menjadi pelumba GT Terpantas Asia dalam kategori lumba kereta sport dan Super Car.

“Ketika ini ‘top driver’ untuk Asia adalah Alex Yoong dan Darren Young dari Hong Kong manakala saya antara top 5 pelumba terbaik¬†Asia,” katanya.

Sementara itu, Alif muncul sebagai satu-satunya pelumba negara yang bersaing dalam perlumbaan Porsche Carrera Cup Asean 2015 sempena Asian Festival Of Speed di Litar F1, Sepang pada minggu ini.

image

image

image

– Kafebuzz.my

(Foto: Muhamad Asyraf Sulaiman)

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.