Bersatu Simpati Terhadap Pelarian Syria

Gambar seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang meninggal dunia sehingga terdampar di Pantai Bodrum, Selatan Turki, yang tersebar di laman sosial baru-baru ini menarik perhatian ramai sehingga menitiskan air mata.

Menerusi laporan beberapa berita antarabangsa menyatakan kanak-kanak itu dikenali sebagai Aylan Kurdi, 3 tahun, mati lemas di Lautan Mediterranean bersama abangnya, Ghalib berusia 5 tahun dan ibu mereka, Rihan pada 2 September lalu.

Khabarnya, keluarga itu tekad keluar dari Syria yang berdepan konflik negara itu sejak lima tahun lalu dan sumber Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) menyatakan 230,000 penduduk terkorban manakala lebih 7 juta rakyatnya pula hilang tempat tinggal.

Kisah tragis kanak-kanak termasuk penduduk Syria turut dikongsi pelakon jelita, Nur Fazura di Instagramnya.

Apa yang ingin dikongsi pelakon itu agar kita sebagai masyarakat dunia berkongsi penderitaan yang dilalui rakyat berkenaan dan berdoa semua bersatu untuk menunjukkan tanda simpati terhadap pelarian ini.

Sementara itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Syria Care Malaysia menyeru orang ramai membantu meringankan beban rakyat Syria.

Menerusi info di Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria (Facebook), bantuan boleh disalurkan ke akaun bank CIMB (8601 89 4560), Maybank (5621 0665 3575), RHB (2622 5000 0217 75).

Sebarang pertanyaan juga boleh menghubungi talian 011-3703 0900 atau layari laman sesawang www.syriacare.org.my.

Sumbangan juga boleh diserahkan ke pejabat NGO Syria Care di No. 43, Jalan Bola Jaring, 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

image

image

– Kafebuzz.my

(Foto: missfazura – Instagram)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*