4 Juta Tonton ‘Hantu Atau Buaya’

Tanpa banyak publisiti, seorang gadis berusia 20 tahun yang minat menyanyi dikenali sebagai Nana Sheme mencuri perhatian ramai pencinta muzik dengan karyanya.

Menerusi klip video lagu Hantu Atau Buaya yang dimuat naik sejak lapan bulan lalu di YouTube, penyanyi imej bertudung ini berjaya menarik perhatian 4 juta tontonan ketika ini.

Lagu yang disampaikan secara santai ini membuktikan sambutan pendengar kita masih terbuka untuk menerima lagu baru meskipun dinyanyikan penyanyi baru jika ia adalah karya yang menghiburkan.

Bagi peminat Nana Sheme, boleh mengikuti perkembangan terkininya di nanasheme (Facebook), @NanaaSheme (Twitter), Nana Sheme (YouTube) dan NANAASHEME (Instagram).

Tahniah kepada Nana Sheme & Life Records Malaysia!

image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*