Last Updated: 08/07/2020 - 11:48 PM

Isu FFM27 Masih Belum Selesai

Tindakan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) melontar pandangan terhadap penganjuran Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) apabila beberapa filem dan pengarah yang dicalonkan bukan ahli persatuan itu bukan berniat bersengketa atau bermusuh dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) tetapi menarik perhatian serta memperbetulkan kepincangan dalam acara berkenaan.

Dalam satu kenyataan akhbar FDAM baru-baru ini menyatakan kepincangan yang berlaku terutama membabitkan kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik perlu diperbetulkan demi ahli persatuan itu dan industri perfileman negara.

“Semenjak Festival Filem pertama lagi, salah satu syarat pencalonan untuk Filem Terbaik ialah filem yang diarahkan oleh ahli FDAM dan Pengarah Terbaik perlulah ahli FDAM.

“Tetapi peraturan/syarat ini tidak menjadi kriteria FFM27. Adakah peraturan/syarat ini telah diubah? Sekiranya diubah, apakah rasional terhadap perubahan yang dilakukan?

“Adakah filem-filem yang dicalonkan mempunyai Sijil Perakuan Penggambaran (SPP). Jika ada bagaimana dan mengapa SPP diluluskan sedangkan pengarahnya bukan ahli FDAM seperti yang disyaratkan dalam Padu Citra?,” katanya dalam kenyataan itu.

Merujuk pada Klausa 7 (1) Padu Citra menyatakan produser yang ingin membuat penggambaran dikehendaki memastikan setiap individu yang terlibat dalam penggambaran menjadi ahli atau berdaftar dengan persatuan.

“Misalnya, seorang pelakon hendaklah menjadi ahli Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), seorang pengarah menjadi ahli FDAM dan seorang pekerja filem menjadi ahli Persatuan Pekerja-Pekerja Filem Malaysia.

“Dalam laman sesawang FINAS, pada bahagian Perlesenan: Permohonan SPP disebutkan dengan jelas tentang pematuhan Padu Citra Garis Panduan/Tatacara Permohonan SPP, Para 5 (iv): tenaga karyawan tempatan yang terlibat dalam penggambaran filem hendaklah menjadi ahli kepada mana-mana persatuan yang diiktiraf oleh FINAS di bawah Padu Citra iaitu Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), SENIMAN dan FDAM,” kata dalam kenyataan sama.

Pada 17 Ogos lalu, FDAM sudah menghantar surat kepada Ketua Pengarah FINAS berhubung isu FFM27 dan memohon jawapan.

Malah, FDAM juga menawarkan jalan keluar kepada FINAS dengan meminta calon FFM27 membuat permohonan segera sebagai ahli FDAM dan FDAM bersedia meluluskan permohonan mereka sebelum acara kemuncak berlangsung.

Katanya, FINAS sudah memberi jawapan pada 21 Ogos lalu tetapi malangnya, persoalan yang diajukan tidak diberi pencerahan yang diharapkan.

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino