Last Updated: 08/07/2020 - 11:48 PM

Soo Wincci Minta Najib Berundur

Penyanyi Soo Wincci dengan berani membuat kenyataan terbuka menerusi satu rakaman video meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur.

Dalam video berdurasi 4.35 minit itu menunjukkan penyanyi itu duduk di atas kerusi sambil menyampaikan ucapan yang ditujukan kepada rakyat Malaysia.

Katanya, dia yang berada di Taiwan meluahkan perasaan tersentuh melihat gambar di media sosial apabila ramai berada di jalanan memperjuangkan hak dan masa depan Malaysia.

“Sebagai selebriti yang membesar di Malaysia dan kini menetap di Taiwan, saya ingin bercakap sesuatu walaupun saya disenarai hitam atau dihalang kembali ke Malaysia, saya fikir anda semua memberi kekuatan pada saya dan saya bersedia menerima kesannya.

“Saya menggesa anda semua berani dan anda semua mempunyai kekuatan saya dalam diri anda,” katanya dalam rakaman itu yang boleh ditonton di YouTube dan Instgramnya, soowincci.

Katanya, dia juga menghasilkan lagu This Is The Time sambil menyatakan ia adalah masa terbaik untuk memperjuangkan hak dan masa depan sebelum menyampaikan mesej kepada Najib agar berundur.

Video berkenaan berjudul Soo Wincci – Words For Najib Malaysia Prime Minister dimuat naik dua hari lalu dan ditonton 13,005 kali.

image

image

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino