Rakyat Malaysia Sukar Berdiri Hanya 2 Minit

Sudah dua hari tarikh keramat 31 Ogos berlalu tetapi apakah perasaan sebenar rakyat Malaysia terhadap erti kemerdekaan yang sebenar.

Mungkin ramai yang masih sakit hati dengan keadaan politik semasa kita ketika ini tetapi hakikatnya, sejarah kemerdekaan negara tidak seharusnya dilupakan.

Begitu juga, perasaan sebagai rakyat Malaysia apabila mendengar lagu Kebangsaan, Negaraku dimainkan sebelum tayangan filem di pawagam.

Persoalan itu dilontarkan pengarah filem berpengalaman, Anwardi Datuk Jamil yang melihat situasi rakyat kita sendiri begitu sukar untuk berdiri ketika Negaraku dimainkan.

Katanya dalam status di Facebooknya, rakyat Malaysia yang menonton wayang di Bangkok turut berdiri apabila lagu Kebangsaan Thailand dimainkan sebelum tayangan bermula.

“Tidak seperti lagu Kebangsaan Malaysia apabila bait lagu itu sendiri tidak difahami dan tidak dihayati.

“Sejak sebulan lagu Kebangsaan dimainkan sebelum tayangan filem di pawagam bermula, rakyat Malaysia begitu sukar berdiri untuk 2 minit,” katanya.

Katanya, dia percaya mereka yang tidak mahu berdiri beranggapan lagu Kebanggsaan kita menggambarkan kerajaan ketika ini tetapi sebenarnya tidak.

“Ia bukan milik UMNO, MCA, MIC, Gerakan, DAP, PKR, muslim, kristian, hindu, Melayu, Cina, India atau Eurasians.

“Ia adalah milik Malaysia dan rakyat Malaysia yang pernah membawa pertumpahan darah dan ramai yang berkorban nyawa untuknya.

“Lagu ini juga mampu membuatkan rakyat Malaysia menangis apabila berbangga memenangi pingat emas.

“Jadi, jangan menghina dengan cara tidak berdiri sebagai menunjukkan rasa hormat apabila anda mendengarnya tidak kira dimana saja,” katanya.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*