Capati Gazebo Abg Nash Buat Pelanggan Mengidam

Jika anda memandu melalui jalan menghala ke Batu Gajah berdekatan kawasan Changkat Larang, Perak jangan lupa singgah sebentar di gerai Gazebo Abg Nash.

Meskipun ia hanya gerai di tepi jalan di dalam kawasan kampung tetapi ia tetap mempunyai keistimewaannya tersendiri yang mampu membuatkan pelanggan mengidam untuk datang kembali.

Menampilkan konsep santai ditemani muzik yang berkumandang, tarikan gerai ini lebih kepada makanan yang dijual kepada pelanggan.

Jika pelanggan mahu merasai capati ‘mesra rakyat’ pada harga patut, datanglah ke sini merasai capati bersama kuah sardin yang dijual pada harga RM1.50 manakala capati bersama kuah daging pula RM3.50.

Berbanding kuah sardin di tempat lain yang suka menipu pelanggan dengan bawang, sebaliknya di sini lauk sardin itu sememangnya disajikan pada pelanggan.

Begitu juga, menu mi kari yang menggunakan kuah ketam menjadi pilihan pada pelanggan untuk mencubanya. Malah, keenakkan teh tariknya juga tidak mengecewakan pelanggan.

Sebagai pilihan lain, pelanggan juga boleh mencuba bubur ayam dan mi kicap yang dihidangkan bersama berbola ikan dalam mangkuk sup.

Pemilik gerai ini, Nashruddin Kanesh Abdullah atau Abg Nash berkata, dia sudah memulakan bisnes gerai ini sejak empat tahun  lalu dan sambutan yang diterima daripada pelanggan cukup positif serta menggalakkan.

Dia yang bersikap mesra pelanggan setiap kali menyapa pelanggan yang datang ke gerainya berasa gembira dengan komen pelanggan terhadap menunya meskipun gerainya boleh dikatakan terpencil dari bandar Ipoh.

Namun, Abg Nash berjaya membuktikan jika seorang peniaga itu mempunyai masakan yang sedap pasti di mana saja pelanggan tetap datang dan paling penting, dia sudah mempunyai peminat terdiri daripada pelanggan setia.

image image image

image image image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*