Last Updated: 30/05/2020 - 2:23 AM

[Eksklusif] Feeya & Alif Pupuk Semangat Patriotik Dalam Jiwa Belia

Meraikan kemerdekaan negara pada setiap tahun sudah menjadi agenda wajib yang dilakukan pada setiap 31 Ogos.

Di Malaysia, pengisian program kemerdekaan lazimnya diadakan menerusi konsert menjelang detik 12 tengah malam bersama persembahan bunga api yang juga disiarkan secara langsung di televisyen.

Namun, persoalan apakah hanya berhibur dengan program sebegini, mesej terhadap menghayati kemerdekaan negara itu sampai pada masyarakat.

Bagi deejay popular Sinar FM, Feeya Iskandar mengakui semangat menghayati nilai kemerdekaan khusus dalam kalangan belia semakin kurang apabila terarah kepada hiburan.

“Sebagai contoh kita nenyambut kemerdekaan itu bukan hiburan saja. Kita tanamkan semangat cintakan negara,” katanya secara eksklusif kepada Kafebuzz.

Menurutnya, dia tidak nafikan bidang hiburan menjadi medium mendekatkan masyarakat dan belia.

“Memang kita semua sukakan hiburan dan jika kita tengok orang ramai datang ke konsert dan dari situ juga sebenarnya, kita boleh ubah dengan cara terapkan nilai patriotik.

“Mungkin yang datang memakai pakaian Kebangsaan manakala artis sebelum membuat persembahan, mereka boleh bersajak,” katanya.

image

Sebagai deejay, Feeya juga mengakui radio memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej pada orang ramai selaku pendengar.

“Di Sinar FM, kita akan mainkan lagu patriotik selain menyelitkan info berkaitan kemerdekaan untuk disampaikan pada pendengar,” katanya

Begitu juga, pelumba Super Car negara, Alif Hamdan berpandangan media sosial seperti Facebook menjadi medium penting apabila menunjukkan masyarakat semakin peka terhadap isu negara.

“Apa yang kita nampak orang muda dan belia mahu bersuara berbanding sebelum ini mereka tidak berani untuk meluahkan pandangan.

“Menerusi media sosial, lebih banyak belia mula mengambil berat dan juga mahu mengambi bahagian dalam bercerita soal negara,” katanya.

Sempena meraikan ulangtahun kemerdekaan negara ke-58 kali ini, kedua selebriti ini digandingkan bersama dalam satu sesi fotografi khas yang diadakan di Litar Formula Satu (F1), Sepang.

Antara selebiri radio dan sukan, kedua mereka memainkan peranan dalam menyampaikan mesej pada masyarakat.

Jika Feeya sibuk dalam menyampaikan mesej menerusi celotehnya di radio, Alif juga membawa nama negara dalam perlumbaan super car di peringkat antarabangsa.

Ini bermakna, mereka juga adalah duta kecil yang memupuk semangat patriotik negara pada masyarakat.

image

image image image image

image image image image

– Kafebuzz.my

(Foto: Muhamad Asyraf Sulaiman)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino