Tukang Bancuh Simen Jadi Aktor Popular

Apabila bergelar pelakon sehingga mempunyai ramai peminat, orang beranggapan artis itu memang bertuah dan ditakdirkan untuk hidup senang selepas mendapat banyak tawaran kerja impak populariti yang diraihnya.

Namun, tahukah anda pelakon popular drama bersiri Juvana, Johan As’ari sebenarnya pernah melalui pengalaman berliku ketika mula berkerja.

Menerusi status yang dikongsinya di Instagram, Johan memberitahu dia pernah bekerja sebagai tukang bancuh simen iaitu buruh binaan rumah.

Bercerita pengalamanya bersama seorang rakannya, Johan menyatakan dia pernah mendapat gaji sebanyak RM30 sehingga RM80 sehari.

Meskipun ia pengalaman silamnya ketika di Paya  Dalam, Melaka, Johan tetap bersyukur dan berterima kasih pada rakannya itu yang dianggap sebagai guru yang banyak memberi tunjuk ajar padanya.

Kisah hidup Johan sebelum menjadi artis popular mungkin hanya cerita biasa pada segelintir tetapi tahukah ia juga boleh memberi inspirasi pada golongan belia lain untuk tekun bekerja walapun di bawah perit mentari dan gaji kecil.

Apa yang menarik, Johan tidak malu untuk mengaku dia pernah menjadi tukang bancuh simen.

image image

– Kafebuzz.my

(Foto: Johanarrif Р Instagram)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*