Last Updated: 27/05/2020 - 1:51 AM

‘The Matrix’ Sertai KL Converge

Hari pertama acara tahunan, KL Converge berlangsung dengan meriah menerusi pembabitan penggiat seni dan pemamer dari dalam dan luar negara.

Membawakan tema Tumpuan dan Keterangkuman Digital, acara yang diadakan selama tiga hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) juga menampilkan 9 individu berkongsi pengalaman dan pandangan terhadap kesan era digital terhadap bidang masing-masing.

Mereka terdiri daripada penyanyi rap, Joe Flizzow, Ming Thing (YouTube), Gary Chong (Produser), Andrew Mason (Produser filem hebat, The Matrix), Anne Bruning (Produser, Australia), Prof Adrian Cheok (Pengasas Mixed Reality Lab, Singapura), Jinny Boy TV (YouTube), Marco Tempest (pakar ilusi siber) dan Brian Brushwood (YouTube).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Keruak berkata, penganjuran acara ini sangat penting dalam menggalak penciptaan dan penggunaan aplikasi serta memanafaat infrastruktur teknologi maklumat (ICT).

“Ia menjadi platform bagi pakar, pemaju, pengeluar, pelajar, ahli perniagaan dan pengguna untuk bersama hadir ke acara ini mempelajari dan menjalinkan perkongsian dengan rakan sejawat daripada tempatan dan antarabangsa,” katanya.

image image image image image image image image

– Kafebuzz.my

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino