Siti Nurhaliza Meriahkan KL Converge

Acara tahunan masuk tahun kedua, KL Converge diadakan kembali yang mengambil lokasi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama tiga hari bermula hari ini.

Seperti tahun lalu, pelbagai aktiviti disediakan kepada orang ramai yang boleh masuk secara percuma antaranya seminar, pameran, kursus masterclass bersama penggiat seni berpengalaman dan juga peluang bertemu dengan ramai individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang seni masing-masing.

Memberi tarikan, penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza juga hadir memeriahkan acara.

Sebelum ini, KL Converge turut mendekati orang ramai menerusi aktiviti promosi turun padang di sekitar Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini. Maklumat lanjut acara ini boleh layari www.klconverge.my atau KL Converge (Facebook), @KLConvergeFinas (Twitter) dan KLConvergeMy (Instagram).

image image image

image image image

– Kafebuzz.my

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*