Antara Bodoh & Bangsat

Bagi sesiapa yang pernah menonton filem lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, penonton cukup terhibur dengan adegan komedi dan paling digemari, dialog yang diucapkan seniman tersohor itu.

Meskipun ada dialog yang disifatkan kasar seperti bodoh dan bahlul termasuk “macam setan”, tetapi penonton menerimanya kerana ia disampaikan dalam bentuk komedi.

Namun, itu adalah sejarah filem P Ramlee dan perkataan itu tidak mungkin lagi digunapakai dalam filem Melayu hari ini.

Penggunaan perkataan sebegitu dipersoal pelakon dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki menerusi status di Facebooknya, baru-baru ini.

Afdlin melontarkan persoalan itu kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) bertanya secara terbuka mengapa perkataan bodoh tidak boleh digunakan dalam filemnya tetapi perkataan bangsat disiarkan dalam akhbar.

image

Pertanyaan Afdlin itu mendapat lebih 25,000 ‘like’.

Nampaknya, LPF perlu tampil dengan penjelasan lebih tepat dan kukuh untuk menjawab persoalan ini yang bukan saja menjadi tanya pada Afdlin tetapi ramai karyawan filem lain.

– Kafebuzz.my

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*