Sayangi Si Comel

Dua keping gambar seorang bayi dan kanak-kanak menjadi viral di media sosial termasuk dikongsi pengguna Facebook hari ini.

Satu foto menunjukkan seorang kanak-kanak comel tersenyum manakala sekeping foto lagi memaparkan seorang bayi yang ditinggalkan dalam tong sampah.

Namun, menerusi kapsyen gambar itu menyatakan kanak-kanak tersenyum itu adalah bayi yang pernah dibuang individu yang tidak bertanggungjawab.

Meskipun segelintir pengguna Facebook berpandangan tidak sesuai gambar bayi yang dibuang itu dikongsi semula di media sosial tetapi segelintir pula menyatakan ia boleh menjadi kesedaran pada orang ramai terhadap kesedaran tidak membuang bayi.

Moga kedua foto ini memberi pengajaran pada masyarakat untuk menyayangi anak sebagai anugerah Tuhan.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*