Prem Berjaya Lahirkan ‘Anak’

Pelbagai cara menarik boleh dilakukan untuk tarik minat pendengar terhadap stesen radio.

Begitu juga usaha yang dilakukan Mix FM apabila salah seorang deejaynya, Prem merasai pengalaman seorang wanita yang melahirkan anak!

Menerusi ujian simulasi yang dijalankan bersama Sunway Medical, Prem dibantu ‘suaminya’ iaitu Aishah Sinclair berjaya melahirkan ‘bayi’ mereka dengan selamat.

Beberapa gambar menarik Prem ketika mahu melahirkan anak dikongsi bersama pendengar di Facebook, Mix FM.

Meskipun apa yang dilakukan Prem hanya simulasi tetapi mesej cabaran ini cukup besar iaitu kita semua sepatutnya menghargai pengorbanan isteri dan ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak. Sayangilah wanita di seluruh dunia.

image image image image image image image image image image image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*