Kongsi Mesej Merdeka Bersama Angkasawan Negara

Mungkin kita terlupa hanya tinggal enam hari saja lagi, kita akan menyambut hari kemerdekaan negara ke-58.

Selain menyaksikan perarakan pada hari sambutan ini nanti, segelintir dalam kalangan masyarakat kita tidak tahu tema kemerdekaan kali ini, Sehati Sejiwa.

Dalam menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan kali ini, angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mengajak orang ramai untuk menghantar mesej atau ucapan merdeka paling kreatif.

Caranya cukup mudah, hanya menyatakan ucapan dan hashtag @Angkasawan_Msia di Instagram.

Menariknya, mesej paling kreatif yang terpilih akan menerima hadiah misteri.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam peraduan ini dan paling penting tunjukkan semangat patriotik kepada negara.

–  Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*