Hans Puji Perkhidmatan Imigresen

Segelintir berpandangan golongan selebriti sama seperti ahli politik apabila mereka mudah dapat layanan istimewa atas faktor populariti.

Namun, pelakon popular Hans Isaac membuktikan persepsi itu tidak benar.

Merujuk satu statusnya di Facebook hari ini, pelakon filem terbaru, Nota ini menyatakan dia melalui pengalaman baru mengenai perkhidmatan imigresen cawangan Keramat yang disifatkan cekap dan menggagumkan.

Katanya, dia sama seperti pelanggan lain mengambil nombor di kaunter sebelum menerima passport dan kad pengenalan baru hanya dalam tempoh 25 minit.

Hans memuji sikap kakitangan di situ tanpa mengharapkan diberi layanan istimewa.

image

– Kafebuzz.my

(Foto: Gerald Hans Isaac – Facebook)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*