Adik Ipar Tempelak Wartawan!

Nampaknya dakwaan satu ruangan pojok akhbar mingguan terhadap pengacara popular, Datuk AC Mizal yang menjalankan bisnes radio Internet, Peace Yall FM sehingga berdepan masalah dengan pekerjanya adalah suatu yang dianggap fitnah dan laporan tidak berasas.

AC tampil menjelaskan tidak berdepan masalah kewangan dan tidak timbul isu tidak membayar gaji kepada pekerjanya.

Katanya kepada Mstar, gaji semua pekerjanya adalah dahsyat sehingga ada dalam kalangan beberapa deejay pakai kereta baru.

Malah, AC juga menyatakan beliau kini dalam usaha mengembangkan bisnesnya itu ke Indonesia dan menambah bilangan pekerja serta menambah masa operasi radionya kepada 24 jam.

Susulan penjelasan AC itu, adik iparnya. Emelda Rosmila menempelak wartawan berkenan menerusi laman sosial Instagramnya  sebentar tadi.

Meskipun kata-kata ‘pedas’ dilemparkan Emelda terhadap wartawan itu tetapi memang sepatutnya sesuatu berita itu mendapat kesahihan daripada tuan punya badan sebelum diterbitkan sebagai berita.

image image

– Kafebuzz.my

(Foto: datoacmizal – Instagram)

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*