Kasihanilah Beruk…

Meskipun haiwan tidak dianugerah akal tetapi manusia sepatutnya lebih bersikap perikemanusiaan terhadap makhluk Tuhan lain.

Seorang pengguna Facebook berkongsi sekeping foto mengenai nasib seekor beruk yang kelihatan cedera di tangan.

Menerusi status yang dimuat naik, beruk itu dipercayai menjadi mangsa individu tidak bertanggangjawab yang memberi mercun bola kepada haiwan itu.

Mungkin beruk itu menyangka mercun bola yang dibaling adalah makanan lalu terpegang sehingga tercedera.

Kita sebagai pengguna mungkin pernah terserempak dengan beruk ini di kawasan berdekatan hutan atau di tepi jalan tetapi janganlah tergamak mencederakan haiwan berkenaan.

Mereka juga mempunyai nyawa dan mahu terus hidup di muka bumi ini. Moga insiden ini menjadi pengajaran pada kita semua sebagai manusia yang berakal.

image

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*