28/01/2021

Jim Carrey Jadi Wolverine

1 min read

Bagaimana agaknya aksi aktor popular Hollywood, Hugh Jackman jika melakonkan watak The Mask lakonan Jim Carrey?

Begitu juga, sebaliknya apabila Carrey pula mencuba aksi Wolverine yang cukup sinonim dengan watak Jackman menerusi filem franchais X-Men.

Nampaknya, kedua mereka cuba untuk menghayati watak orang lain tetapi ia menjadi jenaka buat peminat.

Aksi Jackman yang mengusik Carrey di Twitternya baru-baru ini secara mimik muka atau lebih popular dengan istilah dubsmash meraih perhatian ramai peminat termasuk Carrey sendiri.

Nyata, jenaka Jackman itu dibalas Carrey yang  terkenal dengan lakonan komedi mengajuk semula Jackman dengan aksi Wolverine sambil memegang pisau, garfu dan sudu manakala gaya rambut seperti wataknya.

image

image

– Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *