Jennifer Lawrence Aktres Bayaran Termahal Dunia

Percaya atau tidak, aktres popular Hollywood, Jennifer Lawrence menjadi pelakon yang menerima bayaran tertinggi di dunia setakat ini.

Pelakon berusia 25 tahun ini diumumkan dalam senarai aktres dibayar paling tinggi oleh Forbes.

Pemenang anugerah Oscar dan popular menerusi dua filem lakonannya, Hunger Games dan X-Men berjaya melonjak namanya dengan pendapatan AS$52 juta sebelum cukai berada di tempat teratas selama 12 bulan, seperti dilaporkan Vanity Fair.

Hanya berbeza dengan pendapatan AS$16.5 juta, Scarlett Johansson di tempat kedua dengan pendapatan AS$35.5 juta.

Berikut senarai aktres yang meneima bayaran tertinggi oleh Forbes untuk tahun 2015:

1. Jennifer Lawrence: AS$52,000,000
2. Scarlett Johansson: AS$35,500,000
3. Melissa McCarthy: AS$23,000,000
4. Bingbing Fan: AS$21,000,000
5. Jennifer Aniston: AS$16,500,000
6. Julia Roberts: AS$16,000,000
7. Angelina Jolie: AS$15,000,000
8. Reese Witherspoon: AS$15,000,000
9. Anne Hathaway: AS$12,000,000
10. Kristen Stewart: AS$12,000,000
11. Cameron Diaz: AS$11,000,000
12. Gwyneth Paltrow: AS$9,000,000
13. Meryl Streep: AS$8,000,000
14. Amanda Seyfried: AS$8,000,000
15. Sandra Bullock: AS$8,000,000
16. Emma Stone: AS$6,500,000
17. Mila Kunis: AS$6,500,000
18. Natalie Portman: AS$6,000,000

image image image image

– Kafebuzz.my

(Foto: jenniferlawrencepx – Instagram)

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*