GAFIM ‘Hadiahkan’ Surat Terbuka Buat FINAS

Penganjuran Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) yang sepatutnya meraikan penggiat seni perfileman tempatan nampaknya semakin berdepan isu yang merunsingkan.

Selepas pelakon Que Haidar mempersoal filem lakonannya tidak dicalonkan untuk dua kategori manakala Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Othman Hafsham bersuara mengenai calon FFM27 bukan ahli persatuan, perkara sama juga dibangkitkan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM).

Presiden GAFIM, Jurey Latiff Rosli berkata, peranan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) nampak kurang fokus ketika ini apabila bertindak sebagai penganjur sepenuhnya FFM27.

“Pihak industri merasakan pelikĀ selama ini penganjuran secara bersama tetapi kini mereka menganjurkan sepenuhnya tanpa penglibatan industri.

“Saya telah mengkaji Akta FINAS tiada pula menyatakan bahawa peranan mereka adalah sebagai penganjur Festival Filem.

“Akibat daripada tidak merujuk industri maka FINAS didapati dalam FFM27 ini tidak menguatkuasakan syarat wajib penyertaan FFM iaitu setiap calon mestilah ahli persatuan perfileman yang berdaftar di bawah paducitra peraturan kecil Akta FINAS yang sepatutnya mereka kuatkuasakan,” katanya menerusi satu surat terbuka di Facebooknya, sebentar tadi.

Tambahnya, malang pada industri apabila ada calon Top 5 kategori Pengarah Terbaik dan Pelakon Terbaik bukan ahli mana-mana persatuan.

“Ini menunjukkan FINAS sebagai penganjur tidak menghormati akta mereka sendiri malah menidakkan peranan persatuan dalam industri.

“Pihak GAFIM telah menerima surat bantahan daripada FDAM tentangĀ isu ini manakala Persatuan Seniman Malaysia sedang mengumpul maklumat penuh isu yang sama.

“Dalam memastikan penganjuran Festival Filem disokong dan mendapat sambutan industri dinasihatkan FINAS untuk lebih peka dan bekerjasama dengan industri kerana FFM dianjurkan untuk meraikan dan mengiktiraf pencapaian orang-orang industri,” katanya.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*