‘Zohri’ Kunci Mulut

Kurang sebulan atau 28 hari lagi, filem genre kenegaraan, Kapsul akan menemui penonton di pawagam.

Sebagaimana dihebahkan menerusi media sebelum ini, filem arahan Allahyarham Martias Ali ini mencipta sejarah apabila mengisahkan penggembaraan kapsul yang pernah ditanam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad (Tun M) juga menampilkan sebagai pelakon undangan khas.

Begitu juga, filem terbitan Two Tones Sdn Bhd ini diperkuatkan dengan kehadiran 30 pelakon popular termasuk Faizal Hussein yang memegang watak utama sebagai Zohri.

Pastinya, dalam kalangan penonton dan peminat filem Melayu, mereka tertarik untuk menonton filem ini kerana kelainan plot mahupun kemunculan semula hero pujaan ramai, Faizal dan tidak terkecuali menantikan aksi Tun M berlakon.

Bagi Faizal yang cukup popular dengan watak Azroy menerusi filem Gila-Gila Remaja pada era 1980-an, penampilannya kali ini memberi cabaran apabila melalui penggembaraan zaman berbeza dalam plot yang mahu disampaikan.

Namun, sebagai pelakon Faizal juga diasak media yang mahu mengetahui lanjut aksi Tun M dalam filem ini.

Bercakap kepada Mstar, Faizal menyatakan dia tidak boleh memberi kenyataan terhadap soalan media itu termasuk dari Indonesia dan Jepun yang ingin tahu lakonan Tun M.

Justeru, Faizal bertindak kunci mulut untuk memenuhi syarat pihak produksi dan pihak bertanggungjawab sebelum filem ini ditayangkan pada 17 September nanti.

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*