Nicki Minaj Jadi Mangsa Peminat

Patung lilin selebriti popular Hollywood yang dibina di Madame Tussauds sememangnya menarik perhatian ramai peminat di seluruh dunia.

Jika peminat tidak berpeluang atau sukar bertemu dengan artis pujaan mereka secara dekat, patung lilin ini mampu mengubat kerinduan mereka.

Begitu juga, perkara sebaliknya berlaku terhadap patung lilin penyanyi seksi, Nicki Minaj di Las Vegas.

Dalam laporan media antarabangsa, beberapa insiden peminat yang bergambar secara lucah dengan patung lilin itu menimbulkan kontroversi baru terhadap penyanyi itu.

Pihak Madame Tussauds mahu memikirkan semula untuk mempamerkan patung lilin itu meskipun Minaj sendiri menyukainya.

image

– Kafebuzz.my

(Foto: nickiminaj – Instagram)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*