Industri Komedi Tempatan Perlu Diberi Peluang

Suatu ketika dulu, kita mempunyai pelbagai program atau sitkom komedi yang cukup menghiburkan ramai penonton.

Meskipun ketika itu, saingan stesen televisyen berbayar masih belum wujud, program genre komedi khususnya sitkom tetap meraih rating tinggi penonton.

Sitkom 2+1, Jangan Ketawa, Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Senario antara program televisyen yang paling mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.

Namun, zaman bersilih ganti program seumpama itu semakin berkurangan sehingga ianya seolah tinggal sejarah dan berkubur begitu saja.

Persoalan apakah stesen televisyen tidak berminat menerbitkan lagi lebih banyak program dan sitkom komedi atau industri hiburan tempatan kekurangan kreativiti dalam kalangan penggiat seni untuk menghasilkan karya baru.

Bagi pelakon dan pengarah filem terkenal, Afdlin Shauki, dia tidak mahu berhenti menghasilkan filem genre komedi tetapi mahu melihat industri komedi perlu diberi peluang untuk berkembang.

Katanya, sepertimana program berkonsep komedi pentas, penonton semakin bijak menilai persembahan sama ada ianya menghiburkan atau membosankan.

Malah, Afdlin mengakui dalam laporan Kosmo!, dia agak tersinggung dengan industri seni tempatan yang semakin kekurangan karya bermutu tinggi.

“Kebanyakan pihak produksi menghasilkan drama mahupun filem tanpa memikirkan kualiti jalan cerita atau penghayatan pelakon.

“Jati diri sebagai karyawan seperti telah hilang demi mengejar keuntungan.

“Tidak dinafikan wujud beberapa karya berkualiti tetapi disebabkan stigma penonton terhadap produk tempatan tiada kualiti, maka ia jadi tidak berkualiti,” katanya.

Perkembangan terkini, Afdlin masih sibuk dengan program komedi, Super Spontan All Stars dan akan memulakan penggambaran sebuah filem yang mengambil latar belakang sejarah tentera British dan Australia di Sandakan, Sabah yang membina landasan kapal terbang tentera Jepun sebelum dibunuh kejam.

– Kafebuzz.my

(Foto: afdlinshauki – Instagram)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*