Awie Meninggal Dunia?

Terkejut juga mendengar berita kurang enak ini tengahari tadi. Benarkah Awie telah meninggal dunia?

Bagi mendapatkan kesahihan, pihak Sinar FM telah menelefon sendiri nombor telefon peribadi Awie bagi mendapatkan kepastian.

Alhamdulillah, Awie, penyanyi rock yang amat kita sayangi ini masih sihat dan sedang berehat sewaktu dihubungi.

“Dari semalam orang cerita pasal ni. Saya tak tahu kenapa dan apa tujuan penyebar berita palsu ini.”, ujar Awie ringkas.

Bagi peminat di luar sana, sila jangan dengar khabar angin ya? Team Santai Sinar akan cuba menghubungi Awie sebentar lagi untuk mendapatkan komen Awie mengenai hal ini. #MestiDengarSinar

– Sinar FM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*