Jojo Struys Cabar Adrenalin Di Himalaya

Sekian lama tidak muncul di televisyen dengan program baru, selebriti popular Jojo Struys kembali dengan buah tangan terbaru, ‘Jojo’s Diary of Asia’.

Diterbitkan kyanite.tv, Jojo mengakui dia bersama kru produksi berbangga dengan hasil program ini yang mengambil masa penggambaran dan penyelidikan serta pasca produksi selama 2 tahun.

Katanya, program ini mengisahkan penggembaraan Jojo sebagai selebriti dalam misi mengenali pelbagai cara untuk menghilangkan tekanan menerusi penguasaan tubuh dan minda.

Dari pesona desa di Himalaya ke budaya tradisional di Jepun sehingga berdepan kesibukan bandar Hong Kong, ia tidak membosankan kepada Jojo untuk terus menjelajah destinasi menarik berkenaan.

Saksikan Jojo beraksi dengan pedang samurai secara tradisional dan menenangkan minda menerusi teknik penafasan yang dipelajari daripada sami serta mencabar adrenalin ketika menaiki ‘rollercoaster’ paling gila di dasar Gunung Fuji.

Pastinya, ramai penonton TLC khususnya peminat Jojo teruja untuk menyaksikan penampilan selebriti jelita ini tampil sebagai pengacara program penggembaraan yang penuh mencabar.

Program ini disiarkan secara esklusif di saluran TLC, Discovery Channel Asia (saluran 707) pada setiap Isnin jam 8 malam.

jojo1

Jojo2

Jojo4 Jojo5 Jojo6 Jojo7 Jojo8 Jojo9

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*