Hazami Tidak Mahu Fikirkan Perkara Negatif

Selepas lebih seminggu, keadaan penyanyi Hazami kini bertambah baik.

Menurut pengurusnya, Aszuad Zakaria, Hazami sudah balik berehat di rumahnya setelah beberapa hari berada di rumah ibu di Taman Greenwood, Gombak.

“Hazami memberitahu dia banyak menerima panggilan daripada rakan artis, kawan semasa kuliah dulu dan saudara mara yang bertanya khabar kesihatannya.

“Mereka memberi sokongan kepadanya. Mengenai berita kematian yang tersebar sebelum ini, Hazami memberitau dia tidak perlu lagi fikirkan perkara yg negatif seperti itu.

“Sebaiknya, Hazami mahu menumpukan perhatian pada kesihatannya dan pelancaran album terbarunya sekitar Oktober nanti. Insha Allah,” katanya kepada Kafebuzz hari ini.

Aszuad juga menyatakan Hazami mengucapkan terima kasih atas sumbangan ikhlas daripada semua pihak sama ada Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Yayasan Artis 1Malaysia dan rakan-rakan yang  sudi membantu.

“Kata Hazami tidak terbalas budi semua pihak yang membantunya. Malah, dia juga berasa sangat bertuah kerana mempunyai ramai peminat yang selalu menyokongnya meskipun berada dalam keadaan begini,” katanya.

Hazami atau atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahi Ahmad, 40, dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana sebelum ini akibat mengalami pendarahan usus dan dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat beberapa hari selepas itu.

– Kafebuzz.my

(Foto: hazamiofficial – Instagram)

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*