20/01/2021

‘Batman’ Meninggal Dunia

1 min read

Seorang lelaki dari Maryland yang sering menghiburkan beribu kanak-kanak dengan kostum Batman di hospital dan program amal meninggal dunia selepas dilanggar kereta.

Menurut laporan polis, ‘superhero’ itu dilanggar ketika berdiri di lorong laju di Interstate 70 apabila memeriksa enjin keretanya yang diubah suai seperti Batmobile.

Leonard B. Robinson, 51, dari Owings Mills, dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu festival di South Charleston, West Virginia sebelum dilanggar Toyota Camry jam 10:30 malam (waktu tempatan), semalam.

Pemandu yang melanggar ‘Batman’ berusia 39 tahun dari Charlottesville, Virginia tidak mengalami kecederaan dan tidak dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut laporan AP, polis mengatakan kereta ‘Batman’ itu tidak mempunyai insurans manakala no pendaftaran 4BATMAN didaftarkan atas kereta lain.

– Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *