Apabila Mikrofon Ziana Zain Terpelanting

Siapa yang mampu menyangkal kehebatan vokal dimiliki penyanyi senior, Ziana Zain.

Lagu Madah Berhelah dan Berpisah Jua antara nyanyiannya yang menghiburkan ramai peminat.

Malah, gaya persembahan Ziana ketika ‘tarik’ suara pada nada tinggi sudah menjadi ‘trademark’ yang dinantikan ramai peminatnya.

Begitu juga, satu rakaman video menjadi ‘viral’ di media sosial ketika Ziana membuat persembahan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam rakaman video dimuat naik di YouTube menunjukkan Ziana secara tidak sengaja terlepas mikrofon yang dipegangnya.

Meskipun ia adalah kejadian yang tidak disengajakan di hadapan ramai tetamu tetapi ia tetap menjadi satu kenangan padanya.

Video berjudul Mikrofon Ziana Zain Terpelanting di KLFW2015 dimuat naik Media Hiburan Official ditonton seramai 18,312 penonton.

– Kafebuzz.my

(Foto: iamzianazain – Instagram)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*