Pencarian Pencetus Ummah Atas Talian

Program realiti popular, Pencetus Ummah terbitan Astro Oasis kembali dengan musim terbaru apabila memulakan pencarian individu yang mempunyai kriteria sebagai pendakwah tampil sebagai peserta.

Menariknya, kali ini pencarian bakat yang lazimnya dilakukan secara sesi uji bakat menampilkan kelainan menerusi uji bakat secara atas talian.

Mereka yang berminat hanya perlu melakukan tiga langkah mudah iaitu rakam tazkirah pendek tidak melebihi 3 minit, muat naik ke YouTube dan hantar penyertaan ke www.pencetusummah.com.my.

Uji bakat program ini dijalankan dari 8 sehingga 21 Ogos ini.

Bagi mereka yang percaya dan yakin dengan kemampuan diri untuk menjadi pendakwah, jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasib.

Mana tau, ini rezeki anda yang mengubah masa depan.

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*