Last Updated: 13/10/2019 - 7:21 PM

Neelofa Karang Perjalanan Hidup

Jelita dan berbakat menjadi pakej terbaik buat selebriti popular, Neelofa menempatkan diri dalam industri hiburan tanah air.

Meskipun mempunyai masa depan cerah dalam bidang lakonan, Neelofa tidak hanya duduk diam untuk fokus satu cabang karier semata-mata.

Pengacara program hiburan, Meletop di Astro Ria ini juga semakin dikenali sebagai usahawan yang berjaya menghasilkan jenama tudung sendiri, Naelofar, yang mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat.

Begitu juga, dalam diam Neelofa sedang aktif menulis buku motivasi dirinya, bertajuk The Chic Codes yang diinspirasikan daripada perjalanan hidupnya.

Katanya, niatnya menulis buku itu sekadar berkongsi pengalaman hidup untuk dijadikan ilmu yang menjadi panduan pada orang lain khususnya remaja.

Sama ada layak atau tidak menulis, Neelofa menyatakan jika bukan sekarang, bila lagi.

Menariknya, buku berkenaan mengandungi 12 bab mengenai cinta, hidup dan perniagaan.

Katanya kepada Kosmo!, sebagai membuktikan kesungguhannya itu, dia juga mewujudkan satu kumpulan khas terdiri daripada empat ahli untuk menjayakan penulisannya itu.

Neelofa juga mengatakan dia memperuntukkan masa empat jam sehari untuk mencari idea dan mengumpul bahan. Proses pembikinan buku ini sudah bermula sejak Februari lalu dan akan diteruskan selepas tamat penggambaran telefilem, Wan Embong.

image

– Kafebuzz.my
(Foto: noorneelofa – Instagram)

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino