Cucu Morgan Freeman Ditikam Mati

Cucu aktor terkenal Hollywood, Morgan Freeman ditemui mati ditikam di Manhattan Street, New York awal pagi tadi, waktu tempatan.

Menurut laporan media antarabangsa, polis menerima panggilan kecemasan 911 pada jam 3 pagi sebelum menemui mangsa yang berusia 33 tahun iaitu Edena Hines terbaring di atas jalan dengan beberapa kesan tikaman.

Dia kemudian dilaporkan meninggal dunia di Hospital Harlem.

Laporan The Guardian menyebut, seorang lelaki berusia 30 tahun dibawa dalam jagaan polis yang berada di lokasi kejadian di depan apartmen Hines di West 162nd Street.

Freeman juga memberikan kenyataan, dunia mengenali cucunya itu sebagai seorang anak seni dan berbakat.

Hines belajar dalam bidang lakonan dan terbabit dalam melatih golongan belia. Dia adalah cucu kepada isteri pertama Freeman.

Tiada pertuduhan dilaporkan dan polis masih menyiasat kes berkenaan.

Freeman2

– Kafebuzz.my
(Foto: Startraks Photo/REX Shutterstock & Kevin Winter, Getty Images)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*