Rezeki Che Ta RM1.2 Juta Hanya 2 Hari

Pelakon popular pinggang ramping, Rozita Che Wan atau Che Ta berjaya membuktikan dia kini adalah ahli perniagaan yang hebat.

Ini terbukti apabila produk minyak wanginya, Precious by RCW mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat.

Apa yang menarik perhatian, sebanyak 40,000 botol minyak wanginya berjaya dijual hanya dalam masa dua hari.

Perkara itu dinyatakannya menerusi status di laman Instagramnya, rozitachewan1, hari ini.

Ini bermakna, jika sebotol minyak wanginya dijual pada harga RM29.90, Che Ta memperoleh keuntungan kasar sebanyak RM1.2 juta!

image

– Kafebuzz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*