Bersama Doakan Malaysia

Program Doa Untuk Malaysia yang masuk tahun kedua penganjuran diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi berlangsung dalam suasana meriah dan harmoni.

Menariknya, acara yang turut disiarkan secara langsung di televisyen menerusi TV Alhijrah disertai pelbagai lapisan umat Islam yang berkumpul selawat bersama-sama.

Acara juga dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam status terkini, Najib menyatakan syukur atas kehadiran ramai umat Islam pada program itu yang mendoakan kesejahteraan negara.

Program ini mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta diterajui tokoh agama popular Indonesia, Habib Syech Abdul Qadir Assegaff.

image

image image

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*