AF2015: Pengkritik Puji Bila

Persembahan salah seorang peserta Akademi Fantasia 2015, Bila membuktikan dia mempunyai bakat sebagai penyanyi.

Komen itu diberikan pengkritik, Datuk Ramli MS yang menilai Bila mempunyai bakat ketika menyampaikan lagu rancak, All About That Bass.

“Kamu tak payah ‘loud’. Biar warna sederhana dan apapun sederhana.

“Anugerah Tuhan kepada kamu dan kamu kena guna sebaik mungkin,” kata Ramli.

image

Anak kepada pemuzik, Eddie Wings ini tampil dengan yakin bersama ‘dress’ biru turut dikejutkan dengan kehadiran Zulin Aziz dan Sherry Al Hadad yang naik ke pentas memberikan sokongan.

Sherry juga memberi kata semangat iaitu menggunakan kekurangan diri sebagai satu kelebihan.

image image

Persembahan Bila juga mencuri perhatian dua juri jemputan, Joe Flizzow memberikan markah sebanyak 73 peratus manakala 75 peratus daripada Stacy.

Pada konsert mingguan pertama kali ini menyaksikan peserta Ifa disingkir mengikut keputusan SMS.

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*